| 442 | | SSM invites software houses and system developers to participate in the MBRS System-to-System (S2S) Integration Survey.
This initiative aims to explore the integration of external financial/accounting systems with the Malaysian Business Reporting System (MBRS) via XBRL-based APIs.
The survey aims to gather information on: - System capabilities in handling financial reporting data
- Readiness for integration with MBRS
- Proposed integration models and technical approaches
Participants are also requested to email the proposal section to : mbrs_integration[at]ssm.com.my
Closing Date : 20 November 2025
Presentation Session : 24 & 25 November 2025 (venue to be confirmed)
SSM welcomes industry participation and appreciates your support in improving future MBRS integration.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
10 NOVEMBER 2025 | 11/22/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=442 |
| 441 | | Dimaklumkan bahawa mulai 1 November 2025, Sijil dan Maklumat Perniagaan (jika dibeli) yang diperoleh melalui Portal Ezbiz hanya boleh dimuat turun dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diluluskan.
Bagi pelanggan sedia ada yang belum memuat turun dokumen berkaitan, salinan dokumen tersebut boleh diperoleh dengan mengemukakan permohonan melalui e-mel ke enquiry@ssm.com.my sebelum 30 November 2025.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 10 NOVEMBER 2025
| 11/30/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=441 |
| 440 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengeluarkan Guidelines Relating to Practising Certificate for Secretaries under Section 241 of the Companies Act 2016 (CA 2016) yang dikemas kini pada 22 Oktober 2025, bagi menggantikan Garis Panduan dengan tajuk yang sama bertarikh 1 Ogos 2022.
Garis Panduan ini akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut: 1. Tarikh kuat kuasa Garis Panduan : 22 Oktober 2025
2. Tarikh kuat kuasa latihan wajib AMLA (perenggan 39–40) : 1 Januari 2026
3. Tarikh kuat kuasa latihan wajib dalam tempoh satu tahun bagi lantikan baharu setiausaha syarikat CLBG (perenggan 42) : 1 Januari 2026
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 27 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=440 |
| 438 | | Pengumuman - Pelaksanaan Penggunaan Sistem ePerolehan (eP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menguatkuasakan penggunaan sistem ePerolehan (eP) bagi urusan perolehan dan pembekalan. Sehubungan dengan itu, SSM mempelawa semua pembekal dan kontraktor untuk membuat pendaftaran sebagai pembekal ke dalam sistem eP SSM melalui portal SSM. Manual pendaftaran pembekal boleh diakses melalui pautan di sini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-22994483/5045 atau e-mel kepada e-perolehan[at]ssm.com.my/support[at]tenderpintar.com
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
16 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=438 |
| 436 | | Untuk sebarang aduan atau pertanyaan berhubung Sistem-sistem baharu SSM, sila hubungi kami melalui: 📞 03-2299 5544 atau 03-2299 5545 📧 tempsupport_fin[at]ssm.com.my MALAYSIA MADANI
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=435 |
| 434 | | SSM perkenalkan sistem ePerolehan bagi pendaftaran pembekal Berkuat kuasa 6 Oktober 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan sistem ePerolehan bagi tujuan pendaftaran pembekal. Pembekal akan mendaftar kali pertama dalam sistem ePerolehan SSM. Proses ini melibatkan ID log masuk dan kata laluan yang unik. Sistem ini boleh diakses melalui www.ssm4u.com.my.
Sebarang pertanyaan berkaitan sistem baharu ini, boleh hubungi talian 03-2299 4483 atau 03-2299 5045 atau emel kepada e-perolehan[at]ssm.com.my.
SSM eProcurement GO LIVE 6 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=434 |
| 433 | | SSM perkenalkan sistem iFAST bagi proses penghantaran invois pembekal Berkuat kuasa 6 Oktober 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan sistem iFAST bagi proses penghantaran invois oleh pembekal-pembekal SSM. Sistem ini boleh diakses melalui www.ssm4u.com.my.
Sebarang pertanyaan berkaitan sistem baharu ini, boleh hubungi talian 03-2299 5544 atau 03-2299 5545 atau emel kepada tempsupport_fin[at]ssm.com.my.
iFAST Integrated Financial Accounting System GO LIVE 6 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=433 |
| 430 | | SSM perkenalkan borang e-Refund melalui Revenue Management System.
Berkuat kuasa 1 Oktober 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan borang e-Refund bagi semua urusan pembayaran balik. Borang ini boleh diakses melalui portal SSM4U di pautan www.ssm4u.com.my.
Sebarang pertanyaan berkaitan sistem baharu ini, boleh hubungi talian atau 03-2299 5545 atau emel kepada tempsupport_fin[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 1 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=430 |
| 431 | | Untuk sebarang aduan atau pertanyaan berhubung pembayaran balik (e-Refund), sila hubungi kami melalui : 03-2299 5544 atau 03-2299 5545 atau emel kepada tempsupport_fin[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 1 OKTOBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=431 |
| 429 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memberikan penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan (berdasarkan peruntukan Practice Directive 1/2017) bagi Penyata Kewangan dan Laporan Teraudit bagi Akta Syarikat 2016 melalui Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) setelah tempoh mandatori pelaksanaan Fasa 3 berakhir pada 30 September 2025.
Penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan ini adalah dari 1 Oktober 2025 hingga 30 November 2025.
Maklumat lanjut mengenai penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan ini boleh diakses melalui dokumen Soalan Lazim (FAQ).
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 SEPTEMBER 2025
| 12/1/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=429 |
| 422 | | Pelanggan SSM yang dihormati, Dimaklumkan bahawa bermula 13 September 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menangguhkan proses permohonan bayaran balik (refund) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan sistem sedia ada. Semua permohonan bayaran balik (refund) boleh dikemukakan semula melalui Portal Refund baharu yang dijadualkan mula beroperasi pada 1 Oktober 2025. SSM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sepanjang tempoh ini. Sekian, terima kasih.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 12 SEPTEMBER 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=422 |
| 413 | | Bermula 23 Jun 2025 Pejabat Cawangan SSM Tawau yang kini beroperasi di TB 4444, GF & 1st floor, Blok F, Sabindo Square, Jalan Dunlop 91018 Tawau, Sabah akan berpindah ke alamat baharu seperti berikut: Alamat Baharu SSM Tawau: No5. (Lot 9), No40 (Lot 10), T2@Apas, Jalan T2, Mile 1, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah Tel: 089-750 585/ 752 585 Fax: 089-754 585
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.00 petang)
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 17 JUN 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=413 |
| 402 | | Bermula 13 Jun 2025, salinan PDF bagi serah simpan Pemunyaan Benefisial daripada senarai lengkap (completed list) di dalam Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) hanya boleh dimuat turun dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh serah simpan atau kelulusan.
Sekiranya salinan PDF tersebut ingin diperolehi selepas tamat tempoh tujuh hari, pelanggan dikehendaki hadir ke kaunter di ibu pejabat SSM. Fi sebanyak RM20 setiap syarikat akan dikenakan bagi transaksi ini.
Bagi maklumat lanjut, sila layari portal rasmi SSM di pautan www.ssm.com.my dan rujuk bahagian kerangka undang-undang, tatacara dan soalan-soalan lazim yang berkaitan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau melalui e-mel di enquiry[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 MEI 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=402 |
| 403 | | Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, serah simpan maklumat pemunyaan benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025, kini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) bermula 30 Mei 2025, menerusi laman web rasmi SSM di www.ssm4u.com.my.
Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, SSM memberikan pengecualian fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi, serta tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh 30 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025.
Selepas tarikh tersebut, semua kelewatan atau kegagalan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial PLT akan dikenakan fi yang berkenaan dan tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 MEI 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=403 |
| 381 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang musnah akibat bencana banjir secara percuma melalui inisiatif "Pengecualian Bayaran bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran kepada Pemilik Perniagaan yang Terlibat dengan Bencana Alam".
Pemilik perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir boleh mendapatkan salinan cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma dengan menghadirkan diri ke mana-mana kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara. Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, pemilik perniagaan perlu membawa dokumen sokongan seperti laporan polis, bukti pengesahan banjir daripada wakil yang sah seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Kampung, Penghulu atau dokumen lain yang mengesahkan bencana banjir berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia | 12/31/2025 | 2024 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=381 |
| 382 | | Selaras dengan pertukaran cuti hujung minggu di Negeri Johor kepada hari Sabtu dan Ahad berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025, dimaklumkan waktu operasi bagi Pejabat SSM Negeri Johor dan SSM Cawangan Muar seperti ketetapan berikut: Waktu Operasi Kaunter | HARI | WAKTU OPERASI KAUNTER | | Isnin - Jumaat | 8.15 pagi - 4.15 petang | Jumaat (Rehat)
| 12.15 tengahari - 2.45 petang
|
Waktu Operasi Pejabat | HARI | PAGI | REHAT | PETANG | | Isnin - Khamis | 8.15 pagi - 1.00 petang | 1.00 petang - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.15 petang | | Jumaat | 8.15 pagi - 12.15 tengahari | 12.15 tengahari - 2.45 petang | 2.45 petang - 5.15 petang |
Pejabat dan Cawangan SSM di Negeri Johor juga tidak akan beroperasi pada 6 Januari 2025 yang merupakan Hari Kelepasan Am.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 31 Disember 2024 | 12/31/2025 | 2024 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=382 |
| 385 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan kemudahan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial melalui pengenalan inisiatif Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial selaras dengan Peraturan-Peraturan Syarikat (Akses Kepada Daftar dan Maklumat Yang Berhubungan Pemunyaan Benefisial) 2025 yang mula berkuatkuasa pada 10 Januari 2025. Antara maklumat yang boleh diperoleh melalui inisiatif ini merangkumi nama pemunya benefisial, tarikh pelantikan sebagai pemunya benefisial, kategori pemunya benefisial serta status syarikat. Pembekalan maklumat pemunyaan benefisial kini ditawarkan pada peringkat awal melalui kaunter di ibu pejabat SSM di Menara SSM@Sentral. Perkhidmatan ini akan diperluaskan secara dalam talian dan tarikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak. Bagi tujuan pembelian maklumat pemunyaan benefisial, pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna dan mengesahkan pendaftaran melalui portal SSM4U di pautan www.ssm4u.com.my. Pengguna sedia ada portal SSM4U yang telah disahkan tidak perlu melalui proses pendaftaran semula. Seterusnya, pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Maklumat Pemunyaan Benefisial dan menyerahkannya di kaunter SSM untuk tindakan lanjut. Fi bagi setiap permohonan adalah sebanyak RM20 secara tunai bagi setiap syarikat. Maklumat pemunyaan benefisial akan dibekalkan kepada pemohon dalam format PDF melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. Setiap permohonan untuk mendapatkan maklumat pemunyaan benefisial pihak ketiga, perlu disertakan dengan surat kebenaran bertulis daripada organisasi atau institusi berkaitan bagi membolehkan pembekalan maklumat tersebut. Maklumat terperinci mengenai tatacara pembelian, panduan berkaitan serta Borang Permohonan Maklumat Pemunyaan Benefisial boleh dimuat turun melalui portal rasmi SSM, www.ssm.com.my.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 28 Januari 2025 | 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=385 |
| 386 | | Fasa Ketiga Akta Syarikat (Pindaan) 2024 [Akta A1701] berkaitan Seksyen 14 Akta A1701 (Seksyen 395 Akta Syarikat 2016) dan Perintah Syarikat (Pindaan Jadual Kelapan) 2025 akan berkuatkuasa pada 31 Januari 2025. Fasa Pertama Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 2024 manakala Fasa Kedua telah dikuatkuasakan pada 30 November 2024. Dengan berkuatkuasanya Fasa Ketiga Akta 1701 dan Perintah Syarikat (Pindaan Jadual Kelapan) 2025 tersebut, semua peruntukan di bawah Akta A1701 dan perundangan subsidiari yang berkaitan telah berkuatkuasa secara keseluruhan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=386 |
| 387 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menguatkuasakan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 secara berperingkat seperti berikut:
FASA PERTAMA 31 Januari 2025: Peruntukan berkaitan pemunya benefisial iaitu Seksyen-Seksyen 2, 3, 4, 5, Subseksyen 11(a) dan Seksyen 13
FASA KEDUA 31 Mac 2025: Peruntukan berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus Perkongsian Liabiliti Terhad yang mampan iaitu Seksyen-Seksyen 8, 9, 10 dan Subseksyen 11(b)
FASA KETIGA 31 Disember 2025: Peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat iaitu Seksyen 6,7 dan 12
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=387 |
| 388 | | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menguatkuasakan fasa pertama Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 pada 31 Januari 2025 melibatkan peruntukan berkaitan pemunya benefisial iaitu Seksyen-Seksyen 2, 3, 4, 5, Subseksyen 11(a) dan Seksyen 13.
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) diberikan tempoh peralihan selama 3 bulan bermula dari 1 Februari 2025 hingga 30 April 2025 untuk melaksanakan proses mengenal pasti pemunya benefisial di peringkat PLT dan merekodkan maklumat tersebut dalam daftar pemunya benefisial PLT yang disimpan di pejabat berdaftar PLT tersebut.
Mulai 1 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025, PLT diwajibkan untuk meyerah simpan maklumat pemunya benefisial kepada SSM.
Dalam tempoh ini, fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi dikecualikan serta tiada tindakan penguatkuasaan. Selepas tamat tempoh tersebut, fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi akan dikenakan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=388 |
| 389 | | Fasa kedua Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dijangka akan dikuatkuasakan pada 31 Mac 2025 melibatkan peruntukan berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang mampan iaitu Seksyen-Seksyen 8, 9, 10 dan Subseksyen 11(b).
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=389 |
| 390 | | Fasa ketiga Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dijangka akan dikuatkuasakan pada 31 Disember 2025 melibatkan peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat iaitu Seksyen 6, 7 dan 12.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 31 Januari 2025
| 12/31/2025 | 2025 | https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=390 |