Sign In

​​​​​Revenue Management System (RMS)


Revenue Management System (RMS) merupakan sistem pengurusan kutipan hasil SSM berpusat yang berintegrasi secara menyeluruh dengan sistem-sistem SSM. Selain berfungsi sebagai sistem kutipan yang menjana resit-resit rasmi SSM, RMS juga mengurus dan memantau pengeluaran inbois-inbois SSM, permohonan bayaran balik (refund) serta menyokong pengurusan hasil SSM secara lebih sistematik.

​RMS menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
  1. Pengurusan kutipan hasil SSM: penerimaan bayaran daripada pelbagai saluran portal perkhidmatan SSM;
  2. Pengurusan bayaran balik: memproses dan mengurus permohonan bayaran balik yang dikemukakan oleh pelanggan SSM; dan
  3. ​Pengurusan pengeluaran inbois: pemantauan dan penerimaan kutipan bagi bayaran inbois yang dikeluarkan oleh SSM melalui platform RMS.

​ ​ ​Soalan-Soalan Lazim​​
​Bil.​
Tajuk​
Format
1.
Pembayaran Dalam Talian Melalui Portal​ ​Revenue Management System (RMS)
P​DF​​
2.
Permohonan Bayaran Balik SSM Melalui Portal​ ​Revenue Management System (RMS)
P​DF​​
Manual Pengguna​
​Bil.​
Tajuk​
Format
1.
Manual Pengguna ​​Revenue Management System (RMS)
P​DF​​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC