Sign In

​​​​​​Vis​i​​​


Ketika kami memulakan perjalanan transformasi ini, kami dipandu oleh visi baharu iaitu Peneraju dalam Memperkasa Ekosistem Perniagaan yang Dipercayai, Cekap dan Lestari. Di SSM, kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan sebagai pemegang amanah data korporat di Malaysia. SSM beriltizam untuk membimbing komuniti perniagaan ke arah amalan yang beretika, operasi yang cekap dan pertumbuhan yang mampan. Pada masa yang sama, SSM komited untuk memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia dalam landskap ekonomi global yang semakin kompleks.

Peneraju
Ini menekankan peranan proaktif SSM dalam membimbing dan mempengaruhi masa depan persekitaran perniagaan Malaysia. Ia mencerminkan kepimpinan SSM dalam merangka dasar, inisiatif dan inovasi yang menyumbang kepada pembentukan ekosistem yang berfungsi dengan baik dan lestari.

Memperkasa
SSM memperkasakan ekosistem perniagaan dengan mengurangkan halangan, memudahkan proses serta menyediakan platform, pengetahuan dan sumber yang diperlukan agar ia dapat berkembang secara bertanggungjawab. Melalui kerangka yang telus, penyelesaian digital yang inovatif dan dasar berpandangan jauh, SSM memupuk daya tahan, kebolehsuaian, pembelajaran berterusan dan akauntabiliti – memastikan organisasi dan ekosistemnya kekal bersedia untuk masa depan, cekap dan dipercayai.

Dipercayai
Sebagai pemegang amanah data korporat dan pengawal selia utama, SSM menegakkan piawaian tadbir urus, menguatkuasakan undang-undang serta menggalakkan pematuhan dan ketelusan. Dengan menyediakan maklumat perniagaan yang lengkap dan tepat pada masanya, SSM membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan. Berfungsi sebagai hab sehenti untuk maklumat perniagaan, SSM memastikan kebolehcapaian, menyokong kawal selia kendiri serta memupuk persekitaran keusahawanan yang menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Cekap
Kecekapan merujuk kepada operasi yang diperkemas, meminimumkan pertindihan dan mengoptimumkan proses bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang tepat pada masanya dan berkesan. SSM menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan mesra pengguna dan berteknologi canggih yang meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi untuk perniagaan.

Ekosistem Perniagaan yang Lestari
Ekosistem perniagaan yang lestari merujuk kepada rangkaian saling berkaitan antara organisasi, badan pengawal selia, pelabur, pelanggan dan pihak berkepentingan lain yang berinteraksi untuk mewujudkan nilai ekonomi jangka panjang sambil menangani pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance, ESG).

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC