Sign In
Corporate Registry System (CRS) Beroperasi Semula

Corporate Registry System (CRS) telah beroperasi semula bermula jam 11.00 pagi, 17 Julai 2026.

Pelanggan kini boleh meneruskan urusan pendaftaran, serah simpan dokumen serta transaksi berkaitan lain melalui portal CRS.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kestabilan dan prestasi sistem, portal CRS akan menjalani penyelenggaraan berjadual pada setiap hari dari jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi, bermula 17 Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026. Sehubungan itu, pelanggan disarankan untuk melaksanakan urusan melalui CRS di luar waktu penyelenggaraan. 

SSM akan terus komited memantau prestasi sistem dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengalaman pengguna terus dipertingkatkan.

Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah teknikal, sila hubungi talian khas CRS di 03-2299 5544, 03-2299 5545, 03-2299 5552 atau 03-2299 5553, atau e-mel crs_support[at]ssm.com.my.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
17 JULAI 2026
Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC