Biz AI
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini memperkenalkan Biz AI, iaitu sebuah platform Agentic AI yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital SSM bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Biz AI bertujuan untuk menyediakan saluran alternatif kepada pelanggan SSM bagi mendapatkan respons yang lebih pantas bagi sebarang pertanyaan di samping menawarkan pengalaman perkhidmatan yang lebih moden dan inovatif.
Bagi fasa awal, Biz AI ini hanya akan mengendalikan pertanyaan berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sahaja.