​Prosedur Pendaftaran sebagai Juruaudit Diluluskan



Perkhidmatan ini terpakai kepada individu yang telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk didaftarkan sebagai Juruaudit Diluluskan dengan SSM di bawah Seksyen 263 Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

Perkhidmatan berikut disediakan untuk dikemukakan oleh Juruaudit Diluluskan melalui Corporate Registry System (CRS)​ menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR):

  • Kelulusan JANM sebagai Juruaudit Diluluskan
    Untuk mengemukakan surat kelulusan yang diperoleh daripada JANM.
  • Pemberitahuan Kelulusan sebagai Juruaudit Diluluskan
    Untuk mengemukakan kelulusan pertama sebagai Juruaudit Diluluskan yang dikeluarkan oleh JANM.
  • Kemaskini Maklumat Juruaudit Diluluskan
    Untuk mengemas kini maklumat kelulusan Juruaudit Diluluskan berikutan pembaharuan kel​ulusan atau sebarang perubahan lain.​

B​agi proses Kelulusan JANM sebagai Juruaudit Diluluskan, pengesahan secara dalam talian oleh JANM diperlukan sebelum maklumat juruaudit dapat didaftarkan dengan SSM. Pemohon yang tidak mempunyai akaun SSM4U hendaklah mendaftar akaun SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.