Prosedur Pendaftaran Firma Juruaudit



Semua permohonan berkaitan intermediari korporat termasuk permohonan Pendaftaran Firma Juruaudit hendaklah dikemukakan melalui Corporate Registry System (CRS)​ menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR).

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh Pengguna Profesional yang berdaftar sebagai Juruaudit Diluluskan bersama fi permohonan yang ditetapkan sebanyak RM500.00. Pemohon yang tidak mempunyai akaun SSM4U hendaklah mendaftar sebagai pengguna SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.