​Pemberitahuan Perletakan Jawatan Juruaudit oleh Syarikat (Seksyen 282 AS 2016)
Menurut Seksyen 281 Akta Syarikat 2016 (AS 2016), seseorang juruaudit boleh meletakkan jawatan daripada jawatannya dengan memberikan notis peletakan jawatan kepada syarikat di pejabat berdaftar syarikat tersebut.
Setelah menerima notis peletakan jawatan, syarikat hendaklah mengemukakan "Pemberitahuan Peletakan Jawatan Juruaudit oleh Syarikat (Seksyen 282 AS 2016)" bersama salinan notis peletakan jawatan tersebut melalui
Corporate Registry System (CRS) menerusi modul
Corporate Intermediaries Registration (CIR).
Tempoh jawatan juruaudit akan terhenti berkuat kuasa selepas 21 hari dari tarikh notis tersebut diberikan atau dari tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut, mengikut mana-mana yang terkemudian.