Bahagian Pematuhan Korporat
Seksyen Pemantauan (SPK)
Seksyen Pemantauan Korporat (SPK)
Seksyen Pemantauan Korporat ini bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan dan melakukan tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat dan pengarah syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965/Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat Suruhanjaya Malaysia (Pindaan) 2015. Pemantauan korporat adalah pemeriksaan secara fizikal serta dalam talian ke atas syarikat perniagaan dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Seksyen ini terdiri daripada 6 unit iaitu;
1. Unit Pemantauan dan Pentadbiran Korporat;
- Membuat pemantauan terhadap syarikat dorman yang mempunyai gadaian belum dilepaskan dibawah S. 360(1) Akta Syarikat 2016 melalui pengeluaran notis di bawah S. 27B Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.
- Pemantauan ke atas fail aduan bagi syarikat yang gagal menfailkan penyata hal ehwal di bawah S. 484(3) dan S. 388(1) Akta Syarikat 2016.
- Mengambil tindakan pematuhan ke atas pengarah syarikat yang kehilangan kelayakan di bawah S. 198(1)(a) dan S. 198(1)(b) Akta Syarikat 2016
2. Unit Pemantauan Data;
- Mengeluarkan notis peringatan berhubung tarikh akhir serah simpan Penyata Tahunan kepada syarikat-syarikat yang berkewajipan di seluruh Malaysia (syarikat tempatan dan asing).
- Menjalankan pemeriksaan data berhubung pematuhan serah simpan Penyata Tahunan, Penyata Kewangan serta pematuhan Mesyuarat Agung Tahunan (untuk Syarikat Awam) bagi syarikat-syarikat yang dirujuk melalui fail aduan, arahan semakan pematuhan daripada pegawai atasan serta syarikat yang dimasukkan semula ke dalam daftar SSM (reinstatement).
- Mengemukakan notis di bawah Seksyen 27B Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 untuk mendapatkan pengesahan maklumat berhubung pematuhan serah simpan Penyata Tahunan, Penyata Kewangan serta pematuhan Mesyuarat Agung Tahunan (untuk Syarikat Awam).
- Penawaran kompaun bagi kesalahan yang dikenalpasti berhubung serah simpan pematuhan serah simpan Penyata Tahunan, Penyata Kewangan serta pematuhan Mesyuarat Agung Tahunan (untuk Syarikat Awam).
- Menyelia pelaksanaan Scheduler Compound di dalam Sistem CBSROC bagi kesalahan di bawah Seksyen 68(1), Akta Syarikat 2016 serta menyelia penghantaran notis-notis kompaun berkenaan.
- Menyelia pelaksanaan Scheduler Compound di dalam Sistem MyLLP bagi kesalahan di bawah Seksyen 68, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
- Menyediakan statistik jumlah serah simpan serta kadar pematuhan bagi Penyata Tahunan, Penyata Kewangan dan Perakuan Tahunan.
- Menyediakan statistik serta data perniagaan tamat tempoh bagi tujuan perancangan mengenai pemeriksaan premis, edaran notis/risalah serta lain-lain aktiviti penguatkuasaan.
- Menyelia statistik pemeriksaan yang dikemukakan oleh Seksyen Penguatkuasaan Pejabat Negeri.
- Menyelia pelaksanaan perkhidmatan mencetak dan penghantaran notis-notis penguatkuasaan oleh pihak vendor.
- Berurusan dengan pelanggan yang dirujuk ke Unit Pemantauan Data sama ada secara fizikal atau melalui telefon dan emel.
3. Unit Pemeriksaan Fizikal;
- Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Syarikat, Perkongsian Liabiti Terhad (PLT) dan perniagaan untuk memastikan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965/Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabilit Terhad 2012 serta Kaedah-Kaedah dan Peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.
- Menganjur dan menyertai operasi bersepadu bersama rakan-rakan agensi penguatkuasaan yang lain.
- Menjalankan pemeriksaan fizikal pasar malam/ foodtruck.
- Mengeluarkan notis tawaran kompaun kepada pemilik perniagaan, syarikat dan pegawai-pegawai syarikat bagi kesalahan di bawah peruntukan akta berkaitan.
- Merujuk kes ke Bahagian Siasatan untuk tindakan siasatan.
- Merujuk kes ke Bahagian Pendakwaan untuk tindakan pendakwaan.
4 . Unit Pengurusan Kertas Siasatan & Syarikat Dorman;
- Mengeluarkan Notis Di Bawah Seksyen 551 (1) AS 2016 Ke Atas Syarikat Yang Gagal Membuat Serahsimpan Penyata Tahunan Menurut Seksyen 68(8) AS 2016 Untuk Tindakan Pembatalan Nama Di Bawah Seksyen 549 AS 2016
- Mengambil Tindakan Secara Pentadbiran Terhadap Pengarah Syarikat Yang Gagal Menyerah Simpan Penyata Tahunan /Penyata Kewangan Terkini Setelah Membuat Bantahan Terhadap Tindakan Di Bawah Seksyen 549 AS 2016
- Mengeluarkan Notis Peringatan Pendakwaan dan notis di bawah S. 27B Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 terhadap syarikat dan pengarah yang mempunyai kompaun tamat tempoh sebelum tindakan pembukaan fail pendakwaan.
5. Unit Pengurusan Kompaun; dan
- Melayani kehadiran pelanggan di kaunter Tingkat 26 dan menyalurkan pertanyaan selain dari permohonan rayuan kompaun kepada pegawai atau unit yang berkaitan.
- Membuat semakan terhadap isu-isu pelanggan yang diterima melalui emel ar_compliance@ssm.com.my dan menyalurkan pertanyaan selain dari permohonan rayuan kompaun kepada pegawai atau unit yang berkaitan.
- Menerima dan memproses rayuan pengurangan kompaun yang diterima di kaunter dan emel ar_compliance@ssm.com.my.
- Menjalankan pemantauan terhadap kompaun tertunggak yang masih gagal dijelaskan dengan mengambil tindakan penguatkuasaan secara pentadbiran ke atas syarikat, pengarah syarikat dan pemilik perniagaan yang terlibat.
- Menerima dan memproses permohonan rayuan kompaun secara dalam talian bagi kompaun di bawah Akta Perkongsian Liabiliti / Limited Liability Partnership.
- Menyediakan statistik kutipan hasil kompaun setiap bulan untuk pelaporan kepada Pejabat Penguatkuasaan & Kawal Selia dan Bahagian Strategi Komunikasi Korporat6.
6. Unit Pengurusan Pematuhan- Menjalankan pemantauan dan semakan laman web / media sosial dan mengeluarkan notis peringatan pematuhan kepada syarikat / perniagaan / perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi peruntukan akta yang dikawalselia oleh SSM.
- Menguruskan pemakaian uniform kepada pegawai dan anggota penguatkuasa di Pejabat Kawal Selia dan Penguatkuasaan (Ibu Pejabat Dan Seksyen Penguatkuasaan Pejabat Negeri/Cawangan), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mengendalikan dan melaksanakan kursus khas latihan kawad dan kecergasan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa.
Seksyen Pengawasan Akaun Korporat (SPAK)
Seksyen Pemantauan Akaun Korporat bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemantauan ke atas entiti yang menyerahsimpan maklumat kewangan kepada SSM dan memastikan pematuhan ke atas peruntukan Akta Syarikat 2016, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Selain itu, seksyen ini juga memastikan standard piawaian perakaunan penyata kewangan syarikat mengikut piawaian yang ditetapkan. Seksyen Pemantauan Akaun Korporat terdiri daripada 3 unit seperti berikut:
1. Unit Pemantauan Penyata Kewangan
- Memastikan pematuhan syarikat dan pegawai-pegawai syarikat di bawah Penggal 3, Akaun dan Audit, Subpenggal 1 – Penyata Kewangan dan Laporan;
- Menjalankan pemantauan ke atas syarikat, Perkongsian Liabliti Terhad (PLT), pengarah, pengurus dan pegawai pematuhan PLT berhubung penyediaan penyata kewangan dan kandungan laporan pengarah, penggunaan piawaian perakaunan yang diluluskan, dan penyimpanan rekod-rekod perakaunan serta rekod lain; dan
- Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat, PLT, pengarah syarikat dan pegawai pematuhan PLT sekiranya berlaku kegagalan mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
2. Unit Pemantauan Syarikat Berhad Menurut Jaminan
- Memastikan pematuhan Syarikat Berhad Menurut Jaminan, pengarah dan pengurus Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Penggal 3, Akaun dan Audit, Subpenggal 1 – Penyata Kewangan dan Laporan;
- Menjalankan pemantauan ke atas Syarikat Berhad Menurut Jaminan, pengarah dan pengurus Syarikat Berhad Menurut Jaminan berhubung penyediaan penyata kewangan dan kandungan laporan pengarah, penggunaan piawaian perakaunan yang diluluskan, dan penyimpanan rekod-rekod perakaunan serta rekod lain;
- Menjalankan pemantauan ke atas pematuhan syarat-syarat lesen Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Seksyen 45(5) Akta Syarikat 2016; dan
- Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat, pengarah dan pengurus syarikat sekiranya berlaku kegagalan mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016.
3. Unit Pemantauan Skim Kepentingan Berdaftar
- Memastikan pematuhan syarikat pengurusan skim dan pemegang amanah ke atas pematuhan Akta Skim Kepentingan 2016;
- Menjalankan pemantauan bagi memastikan syarikat pengurusan skim dan pemegang amanah menjalankan tanggungjawab mereka di bawah Seksyen 24, 45, dan 46 Akta Skim Kepentingan 2016;
- Menjalankan pemantauan ke atas syarikat pengurusan skim berhubung penyimpanan rekod-rekod perakaunan;
- Menjalankan pemantauan bagi memastikan syarikat pengurusan skim memperbaharui Prospektus apabila berlaku sebarang perubahan kepada skim;
- Menjalankan pemantauan bagi memastikan syarikat pengurusan skim mematuhi kandungan surat ikatan amanah atau surat ikatan amanah tambahan; dan
- Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat pengurusan skim, pengarah dan pemegang amanah sekiranya berlaku kegagalan mematuhi peruntukan Akta Skim Kepentingan 2016.
Seksyen Intermediari Korporat
Seksyen Intermediari Korporat (SIK) bertanggungjawab untuk memproses permohonan dan pembaharuan lesen bagi setiausaha syarikat. Selain itu, SIK juga menjalankan pemantauan ke atas setiausaha syarikat, juruaudit, penyelesai dan lain-lain korporat intermediari. Seksyen ini terdiri daripada unit seperti berikut:
1. Unit Pendaftaran Intermediari Korporat
- Permohonan lesen Setiausaha Syarikat di bawah Seksyen 20G(1)(a), Akta SSM 2001;
- Temuduga Pelesenan Setiausaha Syarikat;
- Pembaharuan lesen Setiausaha Syarikat di bawah Seksyen 20G(1)(b), Akta SSM 2001;
- Permohonan untuk mendaftar Sebagai Setiausaha Syarikat (Sijil Amalan SSM) di bawah Seksyen 241, Akta Syarikat 2016;
- Permohonan untuk memperbaharui Sijil Amalan SSM di bawah Seksyen 241, Akta Syarikat 2016;
- Pendaftaran perubahan maklumat di dalam firma audit di bawah Seksyen 265(4) Akta Syarikat 2016;
- Pendaftaran firma audit baru di bawah Seksyen 265(1) Akta Syarikat 2016;
- Pendaftaran juruaudit dan penyelesai syarikat di bawah Akta Syarikat 2016; dan
- Pembaharuan lesen juruaudit dan penyelesai syarikat di bawah Akta Syarikat 2016.
2. Unit Pemantauan Setiausaha Syarikat dan Pegawai Pematuhan
- Memastikan setiausaha syarikat mematuhi peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016;
- Memastikan pegawai pematuhan PLT mematuhi peruntukan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
- Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dan
- Menggalakkan tadbir urus korporat yang baik di kalangan juruaudit dan penyelesai syarikat.
3. Unit Pemantauan Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
- Memastikan juruaudit dan firma juruaudit mematuhi peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016;
- Memastikan penyelesai syarikat dan firma penyelesai mematuhi Akta peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016;
- Mengeluarkan tindakan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan di bawah Akta Syarikat 2016; dan
- Menggalakkan tadbir urus korporat yang baik di kalangan juruaudit dan penyelesai syarikat.