Sign In

​​​Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi​​


Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) bertanggungjawab dalam membangun, mentadbir dan menguruskan perisian perkakasan aplikasi dan sistem, bilik server serta rangkaian yang digunapakai di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bahagian ini terdiri daripada enam (6) seksyen utama iaitu:

Seksyen Pembangunan & Operasi Perkhidmatan Sistem Utama

  • Menguruskan keseluruhan sistem utama SSM;
  • Memantau aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan teknikal;
  • Mengetuai analisis dan penilaian aplikasi Core System SSM;
  • Mengawasi operasi teknologi maklumat dan komunikasi; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.

Seksyen Pembangunan & Operasi Perkhidmatan Sistem Korporat

  • Menguruskan keseluruhan sistem korporat SSM;
  • Memantau aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan teknikal;
  • Mengetuai analisis dan penilaian aplikasi Core System SSM;
  • Mengawasi operasi teknologi maklumat dan komunikasi; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.

Seksyen Pengurusan, Tadbir Urus dan Strategi Teknologi Maklumat

  • Mengetuai penyusunan rancangan strategik teknologi maklumat dan komunikasi;
  • Mengurus proses dokumentasi dan prosedur yang bersesuaian;
  • Memantau pengurusan aset teknologi maklumat dan komunikasi;
  • Mengetuai penggunaan teknologi baru;
  • Memimpin, merancang dan mengawal projek dalaman teknologi maklumat dan komunikasi; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.

Seksyen Prasarana Teknologi Maklumat

  • Menubuhkan aktiviti infrastruktur dan rancangan kerja;
  • Meramal kapasiti penggunaan rangkaian server;
  • Menguruskan keseluruhan aktiviti harian pusat data dan bilik server SSM; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.​

Seksyen Data Intelligence

  • Memantau kebolehcpaian sistem analitik data;
  • Mengurus isu-isu kualiti data, memberikan nasihat dan panduan;
  • Memantau operasi pangkalan data;
  • Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti dalam pasukan analitik data; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.

Seksyen Keselamatan ICT

  • Mengurus dan melindungi keseluruhan infrastruktur keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi SSM;
  • Memantau aktiviti penilaian keselamatan secara berterusan;
  • Merancang strategi fungsian bahagian;
  • Menjadi penasihat dalam jawatankuasa keselamatan yang relevan dalam SSM; dan
  • Memastikan BTMK sentiasa dikemaskini dengan trend teknologi maklumat dan komunikasi semasa.

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC