​​Prosedur Pendaftaran sebagai Pelikuidasi Diluluskan



​Perkhidmatan ini terpakai kepada individu yang telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk didaftarkan sebagai Pelikuidasi Diluluskan dengan SSM di bawah Seksyen 433 Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

Perkhidmatan berikut disediakan untuk dikemukakan oleh Pelikuidasi Diluluskan melalui Corporate Registry System (CRS) menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR):

  • Kelulusan JANM sebagai Pelikuidasi Diluluskan
    Untuk mengemukakan surat kelulusan yang diperoleh daripada JANM.
  • Pemberitahuan Kelulusan sebagai Pelikuidasi Diluluskan
    Untuk mengemukakan kelulusan pertama sebagai Pelikuidasi Diluluskan yang dikeluarkan oleh JANM.
  • Kemaskini Maklumat Pelikuidasi Diluluskan
    Untuk mengemas kini maklumat kelulusan Pelikuidasi Diluluskan berikutan pembaharuan kelulusan atau sebarang perubahan lain.

Bagi proses Kelulusan JANM sebagai Pelikuidasi Diluluskan, pengesahan secara dalam talian oleh JANM diperlukan sebelum maklumat pelikuidasi boleh didaftarkan dengan SSM. Pemohon yang tidak mempunyai akaun SSM4U hendaklah mendaftar akaun SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.