Corporate Portal: Ucapan

Teks Ucapan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM bagi Majlis Serahan Wakalah Zakat Korporat SSM Sempena Program Pembangunan Insan
Isi Kandungan:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam maaf daripada Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, yang tidak dapat hadir ke majlis pada hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Justeru, izinkan saya mewakili Datuk Nor Azimah Abdul Aziz untuk membacakan teks ucapan beliau.

1.           Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita dapat bertemu dalam Majlis Serahan Wakalah Zakat Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sempena Program Pembangunan Insan pada petang yang penuh keberkatan ini.

2.           Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia, Kajang kerana sudi menjadi tuan rumah dan meluangkan masa untuk menjayakan program ini bersama SSM.

3.           Terima kasih turut saya ucapkan kepada semua warga kerja SSM khususnya Jawatankuasa Pengurusan Zakat & Tanggungjawab Korporat SSM yang memberikan komitmen penuh bagi memastikan kejayaan program ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

4.           Sebagaimana kita sedia maklum, SSM merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan perniagaan di negara ini. SSM juga berperanan dalam menyalurkan maklumat perniagaan dan korporat, di samping melaksanakan fungsi pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan serta perkongsian liabiliti terhad.

5.           Selain melaksanakan fungsinya di bawah Akta SSM 2001, SSM juga komited dalam mendukung aspirasi Kerajaan, termasuk membantu golongan yang memerlukan melalui agihan Wakalah Zakat Korporat dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang selari dengan nilai teras Malaysia MADANI, iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam masyarakat.

6.           Seiring dengan komitmen ini, SSM berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM218,060 kepada Jabatan Penjara Malaysia, Kajang.

7.           Sumbangan yang disampaikan sebanyak RM195,000 bertujuan untuk menaik taraf kemudahan latihan di Bengkel Roti Penjara Kajang supaya dapat dijalankan setaraf dengan standard industri dan lebih produktif. Secara keseluruhan, sumbangan yang disampaikan merangkumi pembelian satu unit Dough Divider bernilai RM48,000, satu unit Dough Moulder bernilai RM56,000, satu unit Automatic Dough Rounder bernilai RM58,000 dan satu unit Non-Stick Bread Moulder bernilai RM33,000.

8.           Di samping itu, sebanyak RM23,060 turut disalurkan kepada Surau At-Taqwa Penjara Kajang, untuk melaksanakan penambahbaikan surau. Sumbangan ini selaras dengan usaha memperkukuh suasana ibadah yang lebih kondusif serta menyokong kesejahteraan rohani warga di sini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

9.           Program yang dianjurkan pada hari ini merupakan kesinambungan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM kepada Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 2025 melibatkan serahan 20 ekor lembu pembiakbakaan, pelaksanaan kursus penternakan serta penyelenggaraan surau di Pusat Koreksional Kamunting, Perak pada 21 Februari 2025 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM109,800.

10.       Melalui program ini, SSM berharap agar dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran,  para prospek yang terlibat agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik selepas tempoh pemulihan.

11.       Sekadar perkongsian bersama, sepanjang tahun 2025, SSM telah mengagihkan lebih RM7.4 juta Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 12,886 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah mengagihkan lebih RM560,000 melalui program CSR kepada 796 penerima yang memerlukan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

12.       Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Penjara Malaysia, Kajang serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

13.       Semoga Allah SWT sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan dan terus memberikan manfaat yang berpanjangan kepada mereka yang terlibat serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Sekian, terima kasih.

Wassalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.​

Date: 2/6/2026

Tahun: 2026

Metadata: Speeches

Tarikh Diterbitkan: 06/02/2026